Sunday, 24 May 2015

ISU BERKAITAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Kepentingan Internet Dalam Bidang Pendidikan.     

   Pada zaman serba canggih ini, kemudahan internet merupakan satu kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang amat diperlukan oleh masyarakat zaman sekarang. Internet amat berguna dalam melakukan tugas-tugas harian terutamanya bagi mereka yang ingin menyelesaikan urusan-urusan penting mereka dalam kaedah yang cepat dan mudah serta menjimatkan kos. Pengguna Internet di Malaysia telah meningkat sekali ganda daripada tahun lalu ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dengan kebanyakan pengguna berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun. Berdasarkan kajian yang dibuat, rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM552 setahun dengan bayaran internet sebanyak RM46 sebulan. Kini,penggunaan internet tidak hanya terhad di tempat kerja sahaja malah institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti turut menggunakan internet sbagai salah satu kaedah pembelajaran bagi para pelajarnya. Penggunaan membolehkan bidang pendidikan bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dunia dan peredaran zaman sekali gus melonjakkan status pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih tinggi setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom secara holistik. Persoalannya, apakah kepentingan-kepentingan Internet kepada bidang pendidikan terutamanya di Malaysia?




     Kata-kata hikmat ada menyatakan bahawa “ilmu itu luas dan tiada sempadan”. Baru-baru ini, berita di televisyen telah menyiarkan lawatan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sebuah sekolah berprestasi tinggi di Alabama, Amerika Syarikat. Semasa lawatan beliau ke sekolah tersebut, beliau telah meninjau sebuah kelas yang menggunakan aplikasi internet sebagai sumber pembelajarannya. Para pelajar di dalam kelas tersebut hanya perlu mendengar penerangan daripada guru dan mampu mencari maklumat dalam pelbagai laman web yang dipaparkan dengan hanya satu klik sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa internet mampu menyediakan kepelbagaian maklumat termasuk maklumat yang tidak disediakan dalam buku kepada para pelajar. Dengan ini, para pelajar mampu menyediakan bahan berlainan untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas seperti pembentangan dalam masa yang singkat.



     Pada masa dahulu, buku teks dianggap sebagai sumber pembelajaran yang penting di dalam kelas.Kini,mentaliti pelajar zaman sekarang amat berbeza jika dibandingkan dengan pelajar zaman dahulu. Pelajar zaman sekarang menganggap buku teks menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa menjinjing beg sekolah yang sarat dengan buku teks sepanjang sesi persekolahan. Keadaan ini menyebabkan terdapat segelintir pelajar lebih rela meninggalkan buku-buku teks mereka di rumah sekali gus menyebabkan mereka melanggar peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Seperti yang kita tahu,tidak semua pelajar gemar membaca melalui buku kerana masa mereka banyak dihabiskan di hadapan komputer. Di samping itu, terdapat pelajar yang menggunakan aplikasi internet seperti e-book sebagai sumber bacaan kerana aplikasi ini menyediakan perkhidmatan yang percuma dan cepat kepada pembaca jika dibandingkan dengan pembaca terpaksa ke kedai buku untuk membeli buku rujukan selain harga buku juga dijual mengikut jenis buku tersebut.



   Selain itu, penggunaan internet memboleh perkongsian maklumat antara pelajar. Projek Jaringan Pendidikan(JP) di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran dan MIMOS merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh Kementerian Pelajaran.Projek ini mampu meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia kepada taraf yang lebih tinggi. Di samping itu, penggunaan aplikasi seperti e-mel membolehkan segala maklumat yang ingin dikongsi oleh para pelajar dan guru dapat dikirim dengan lebih cepat dan mudah. Menurut kenyataan salah seorang pengkaji penggunaan internet, Dr.Jane Lasarenko, kebaikan utama penggunaan e-mel adalah dapat menanam semangat belajar yang tinggi dalam kalangan pelajar dalam setiap pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja,para pelajar tidak akan ada alasan lagi untuk tidak menghantar kerja rumah mereka pada hari yang ditetapkan kerana aplikasi e-mel ini memudahkan urusan pembelajaran antara murid dan guru menjadi senang malah hubungan murid dan guru dapat dieratkan.



    Internet juga membolehkan para pelajar dan guru untuk mengetahui dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Misalnya pembangunan laman web sekolah mampu dijadikan sebagai alternatif untuk menyalurkan segala maklumat mengenai sekolah kepada semua pihak. Selain itu,laman web sekolah juga membolehkan ibu bapa untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan dengan anak-anak seperti rekod disiplin, akademik dan juga kokurikulum. Ibu bapa hanya perlu melanggan laman web sekolah ataupun menggunakan e-mel untuk berhubung terus dengan guru. Secara tidak langsung, hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan.Ibu bapa tidak akan ada alasan lagi untuk tidak berkunjung ke sekolah dengan alasan sibuk untuk mendapatkan perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Oleh yang demikian, masalah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa dengan mudahnya dapat ditangani.



     Guru-guru boleh menggunakan internet sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.Internet mempunyai pelbagai komponen pengajaran seperti grafik,animasi atau audio visual.Dengan adanya kepelbagaian komponen pengajaran ini,sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi seronok dan mampu meningkatkan minat belajar yang tinggi dalam diri para pelajar.Guru-guru juga mampu mengakses pelbagai jenis bentuk latihan dan soalan untuk para pelajar mereka terutamanya bagi para pelajar yang bakal memduduki peperiksaan awam yang patut didedahkan dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan bagi menyiapkan diri mereka untuk peperiksaan yang bakal dihadapi. Maka,guru-guru tidak perlu berjumpa dengan pihak pentadbiran sekolah ataupun pihak penjual buku bagi mendapatkan buku yang diperlukan oleh guru dan para pelajar.



    Kesimpulannya, peranan semua pihak amat penting dalam memastikan bidang pendidikan di Malaysia tidak ketinggalan dalam arus pemodenan agar negara kita mampu membangun dengan kemahiran dan ilmu yang dimiliki oleh rakyat kita sendiri. Oleh yang demikian,impian kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020 akan tercapai sekali gus mampu melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara iaitu masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam bagi meningkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara.

Manfaat dan Keburukan Internet Kepada Pelajar

Manfaat dan Kesan Internet yang Memudaratkan Kepada Pelajar


Pendahuluan
Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa Sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan internet. Manakala menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, internet bermaksud rangkaian komputer antarabangsa yang membolehkan pengguna komputer di seluruh dunia berhubung antara satu dengan yang lain dan mencapai maklumat pangkalan data dari seluruh dunia. Ia satu rangkaian yang besar terdiri daripada rangkaian yang kecil. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan. Tanpa internet, kita akan ketinggalan ke belakang. Maklumat juga tidak dapat disebarkan dengan cepat dan pantas. Kita akan sukar mendapatkan maklumat dan informasi yang terkini. Pada hari ini juga manusia tidak perlu lagi bersusah payah untuk memperolehi maklumat atau mendapatkan sesuatu barangan yang diperlukan. Segala keperluan dan kehendak dapat dicapai dengan mudah dan dalam tempoh yang singkat. Kini segala-galanya hanya di hujung jari kita. Internet berfungsi menyampaikan maklumat dalam keadaan yang lebih pantas dan singkat jika dibandingkan dengan alat-alat perhubungan yang sedia ada seperti pos dan telefon. Pelbagai maklumat terkini boleh didapati kerana sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa untuk keperluan pengguna.


Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report' (NOLR) yang dijalankan di Malaysia mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, para pelajar menghabiskan masa enam belas jam seminggu melayari internet. Manakala,kajian yang dilakukan oleh Grunwald Associates LLC mendapati golongan ini menghabiskan hampir sembilan jam seminggu melakukan aktiviti dalam jaringan sosial ini. Anggaran terdapat lebih daripada 459 juta pengguna internet di seluruh dunia.


Sejarah internet bermula pada tahun 1957 apabila pihak Soviet Union melancarkan satelit pertama mereka yang diberi nama Sputnik. Kementerian Pertahanan Amerika merasakan ini adalah satu ancaman kepada mereka lantas menubuhkan ARPA -Advanced Research Project Agency untuk mencipta satu sistem dimana walaupun berlakunya serangan nuklear, mereka masih lagi boleh berhubung. ARPA telah berjaya menhubungkan empat buah universiti di Amerika Syarikat. Oleh kerana sistem ini melibatkan operasi ketenteraan, satu sistem telah dibangunkan bagi memastikan tiada data yang hilang sewaktu proses perhubungan berlaku diantara keempat-empat universiti ini. Kajian demi kajian telah dilakukan dan pada tahun 1982, satu sistem dikenali sebagai TCP/IP telah dibangunkan. Sistem ini juga telah menjadi asas kepada Sistem Internet pada masa kini. TCP/IP sukar untuk kita hafal, kerana setiap komputer didunia ini perlu ada TCP/IP. Oleh itu, satu cara untuk memudahkan kita ialah dengan menggunakan nama seperti http://www.google.com/ atau http://www.yahoo.com/ . Nama-nama ini mewakili TCP/IP untuk memudahkan pengguna. TCP/IP ialah Transmission Control Protocol / Internet Protocol. Contohnya seperti 192.168.1.84.
Tiada sesiapa didunia ini yang menyangka bahawa internet itu benar-benar terjadi dan bagaimana sebenarnya internet itu berfungsi. Tugas kita sebagai pengguna internet, tidak perlu untuk memahami keseluruhan proses internet itu, melainkan jika keadaan memaksa untuk kita mendalaminya. Internet adalah sebuah dunia yang bebas. Penggunaanya ialah penghuni kepada dunia ini. Oleh itu, sesiapapun berhak untuk menggunakan internet secara meluas. Ini bermakna tanggungjawab untuk menggunakan internet secara rasional terletak diatas bahu masing-masing. Secara warasnya internet sangat berguna kepada dunia terutama kepada pelajar. Oleh itu, sebagai seorang pelajar, kita seharusnya menggunakan kemajuan teknologi internet ini dengan sebaik mungkin. Manfaatkan faedahnya tanpa disalahgunakan. Kita hendaklah mengetahui sedikit pengetahuan dalam penggunaan internet dengan kaedeh yang betul. Kos internet menjimatkan serta mudah dicapai, menjadikan pelajar gemar mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian. Hanya dengan menggunakan kata kunci dan menekan butang kekunci, maklumat yang dicari mampu diperolehi dengan mudah, cepat dan pantas. Oleh yang demikian, pelajar akhir-akhir ini lebih cenderung menggunakan internet. Tambahan pula pelbagai maklumat boleh diperolehi berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar pada waktu tersebut. Berdasarkan statistik di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa penggunaan internet di Malaysia adalah bukan sesuatu yang asing di kalangan para pelajar. Oleh hal yang demikian, terdapatnya kesan positif dan juga negatif hasil penggunaan internet dalam kalangan pelajar khususnya.


Manfaat Internet Kepada Pelajar


Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Manusia juga masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Sama juga seperti internet ini ada manfaat dan ada juga kemudaratan jika menggunakannya terlalu kerap sehingga mengakibatkan ketagihan. Antara manfaat penggunaan internet kepada pelajar ialah:


Maklumat
Alat komunikasi
Hiburan
Penjimatan kos dan masa.


Maklumat
Melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik. Bermacam-macam maklumat kita boleh dapati melalui internet. Ada berita, laporan cuaca, sukan, pasaran saham, hiburan dan kadang-kadang kita akan berjumpa maklumat yang kita sendiri tak pernah fikirkan. Malah kita juga boleh membaca surat khabar menerusi internet. Sekalipun kita sudah terlepas isu terbitan cetakannya tetapi kini kita masih ada peluang membacanya menggunakan internet. Disamping itu, ia juga dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, internet sangat berguna untuk tujuan pembelajaran. Sebagai contoh, e-Learning. Di Malaysia, penggunaan internet sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor' siber yang berkesan. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Hal ini adalah sangat penting kerana dapat mendedahkan pelajar kepada dunia teknologi yang semakin berkembang pesat dan dalam usaha meletakkan mereka seiring dengan kemajuan dunia IT. Melalui cara ini, pelajar lebihdidedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera.


Alat Komunikasi
Dari segi komunikasi, internet merupakan salah satu perantaraan yang sangat efektik dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia sekarang mengunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), carian fail, kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik (e-mel) untuk berhubung dengan sahabat handai, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. Penggunaan e-mel dengan perbualan menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya masyarakat dunia. Dan, ada pula pelajar yang menggunakan kumpulan perbincangan dan perbualan (chatting) untuk mencari dan menambah kenalan di seluruh dunia serta bertukar-tukar fikiran serta idea dalam minat yang sama. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya, sejarah dan geografi antara rakan siber mereka. Pelajar juga boleh menggunakan talian internet untuk menonton video dan mendengar apa-apa muzik yang mereka minat melalui perkhidmatan yang disediakan. Ianya amat mudah dan tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype dan Hotmail telah memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil melihat wajah masing-masing dengan menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference. Sebagai contoh, pelajar Sabah atau Sarawak yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia dapat menghubungi keluarga mereka dengan menggunakan pelbagai messenger. Ternyata lebih menjimatkan wang.


Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com danhttp://www.mysoju.com. Selain daripada itu terdapat juga permainan yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baru di alam maya. Misalnya, jika pelajar stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka pasti akan mencari hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika.


Penjimatan kos dan masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku. Mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yg betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka.


Kesimpulan
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang penuh dengan keselesaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh samada dari sudut sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh kaum muslimin agar hormat menghormati antara satu sama lain, kita menjaga kemuliaan diri dan masyarakat di sekeliling kita. Isu berkenaan pelajar terdedah dengan bahan lucah dapat dibendung jika nilai-nilai agama diterapkan dalam diri pelajar . Pihak tertentu perlu ambil tindakan untuk mengawal secara rapi supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Tiada lagi unsur yang yang boleh meracuni keutuhan masyarakat yang disebar melalui internet yang akan diakses oleh manusia sejagat. Pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Penggunaan dan pengaruh dalam kehidupan masyarakat Malaysia kini sudah tidak dapat dipisahkan dengan ICT dalam banyak aspek kehidupan. Bagi mengelak atau mengurangkan kesan negatif dan menghancurkan nilai-nilai positif agama dan budaya masyarakat kita serta menonjolkan nilai-nilai positif masyarakat, semua pihak dan dari berbagai peringkat mestilah memainkan peranan mengukuhkan nilai agama, moral dan etika masyarakat kita, khususnya bagi generasi muda bagi mengelak daripada kesan negatif yang akan semakin parah. Kesan negatif sukar dihapuskan sepenuhnya, tetapi apa yang mungkin dapat dilakukan adalah tingkatkan kesan positif dan kurangkan kesan yang negatif. Dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia

Sejauh manakah Teknologi Memberi Impak Kepada Dunia Pendidikan


Pada masa kini, perkembangan pesat dalam bidang teknologi telah membawa kebaikan kepada pelbagai sektor, terutamanya sektor pendidikan. Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak yang berpendapat bahawa teknologi juga membawa kesan yang buruk kepada sektor pendidikan. Isu ini juga merupakan isu yang hangat diperbincangkan pada masa kini. Secara umumnya terdapat dua persepsi positif terhadap penggunaan teknologi dalam pendidikan. Pertama, dapat meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar dan kedua, menjimatkan kos.

Kesan positif penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan

Pertama, penggunaan teknologi dalam pendidikan sememangnya boleh mendapat perhatian daripada pelajar dan memudahkan mereka menyerap ilmu yang disampaikan oleh seseorang pengajar. Pada masa kini, boleh dikatakan peralatan teknologi seperti komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan generasi muda. Oleh itu, penggunaannya dalam bidang pendidikan dapat menjamin hasil yang memuaskan. Hal ini kerana penyampaian dapat dipersembahkan dalam bentuk visual yang menarik, animasi, 3D dengan suara yang dapat menarik perhatian pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah. Ia juga dapat meringankan beban pelajar yang terpaksa mengalas beg yang penuh dengan buku ke sekolah sekiranya dapat digantikan dengan hanya beberapa keping CD-ROM pada masa hadapan.

Dari segi penjimatan kos pula, kos untuk mencetak buku dapat dijimatkan. Untuk memenuhi keperluan pelajar supaya setiap daripada mereka mendapat pinjaman buku teks, kerajaan terpaksa mengeluarkan kos yang agak tinggi untuk mencetak buku teks tersebut. Dengan adanya teknologi, kerajaan dapat menjimatkan banyak kos sebab proses pembelajaran dapat dijalankan tanpa buku. Hal ini juga dapat mengurangkan penebangan pokok-pokok untuk membuat kertas. Dengan perlaksanaan pendidikan jarak jauh, ia dapat menjimatkan kos pembinaan universiti dan infrastrukturnya. Program ini memanfaatkan infrastruktur sedia ada di tempat yang lengkap dengan keperluan asas seperti kemudahan komputer dan internet. Pelajar hanya perlu pergi ke pusat tersebut pada hujung minggu untuk berbincang dengan pensyarah tentang khusus yang diikuti. Oleh itu, pelajar tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuk kos pengangkutan dan tempat kediaman kerana mereka tidak perlu menghadiri kuliah di universiti.


Kesan nagatif penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa suatu perkara memang terdapat pro dan kontra. Begitu juga hubungannya antara penggunaan teknologi komunikasi dalam bidang pendidikan. perkembangan teknologi banyak membantu dalam dunia pendidikan dewasa ini, namun perkembangan teknologi ini juga mendatangkan beberapa keburukan. Terdapat pelbagai isu dan masalah yang timbul berhubung dengan penggunaan teknologi komunikasi seperti internet dikalangan pelajar dan guru untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar, yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia . Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, hasutan, khabar angin, diskriminasi, dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang telah dijalankan di Amerika yang mendapati 48% guru sukar mencari laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran dalam kelas.


Disamping itu, kebanyakan isi kandungan yang dipaparkan di internet tidak dapat dipastikan kesahihannya. Ini adalah kerana, seperti yang kita tahu, medium teknologi komunikasi seperti internet tidak dikawal oleh sesiapa dan semua orang mempunyai hak untuk menulis dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan bahaya sekiranya pelajar tidak dapat membezakan antara maklumat yang betul dan yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh sebab itu, guru perlu berupaya menilai maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media dan sumber serta berupaya membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul. Kemudahan yang disajikan oleh teknologi komunikasi dalam dunia pendidikan memberi keburukan kepada pelajar.


Dewasa ini, para pelajar tidak lagi kreatif dalam memberikan idea-idea sendiri dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Sebagai contoh, teknologi komputer telah menjadikan kerja-kerja penyalinan maklumat dengan begitu senang dengan hanya menggunakan arahan file dan hanya dengan menekan “copy” and “paste”, semua kerja sudah siap tanpa perlu bersusah payah memerah otak. Walaupun teknologi membawa kemudahan dalam sistem pendidikan hari ini, namun ada juga keburukannya dimana pelajar yang selalu mengakses internet, sebagai contoh lebih tertarik untuk duduk di hadapan komputer tanpa memikirkan kehidupan sosial samada dalam keluarga atau masyarakat. Senario ini akan menyebabkan pelajar menjadi pasif dan kurang berkomunikasi antara satu sama lain sedangkan untuk menjadi seorang yang berdaya saing mereka pelu berupaya untuk memberikan idea-idea yang bernas dan berkualiti bagi memantapan dan pembangunan kejayaan mereka.

Masalah plagiarisme juga boleh berlaku tanpa disedari oleh seseorang pelajar. Pelajar sekarang suka ’copy-paste’ maklumat yang dicari dari internet tanpa menyedari sama ada ia telah melanggari hak-hak pengeluar maklumat tersebut. Masalah ini diburukkan dengan wujudnya maklumat yang berlambak dalam internet yang senang diperoleh oleh seseorang pelajar hanya dengan satu klik tanpa diketahui oleh pengeluar maklumat tersebut

Masalah komunikasi dan plagiarisme juga boleh berlaku dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Dari segi komunikasi, terutamanya mereka yang mengikuti program pendidikan jarak jauh, masalah komunikasi antara pelajar dan pensyarah mungkin wujud kerana mereka dijarakkan dengan sebuah komputer. Ia boleh menggalakkan komunikasi yang pasif antara pelajar dan pensyarah mereka. Fikirkan seorang pensyarah yang terpaksa berhadapan dengan banyak pelajar dalam satu masa melalui komputer,tidak mungkin dia boleh memberi perhatian yang sepenuhnya kepada seseorang pelajar dan menjawab persoalan yang dikemukakan dalam masa yang sama.


Cadangan/ pendapat

Penggunaan teknologi dalam pendidikan semakin meluas pada masa kini. Ia akan memberi kesan terhadap apa yang dipelajari dan bagaimana pelajar belajar sama ada baik ataupun buruk. Oleh itu kesan baik dan buruk penggunaan teknologi dalam pendidikan harus dipertimbangkan sebelum perlaksanaannya. Persoalan seperti di mana dan bagaimana kita menggunakan teknologi maklumat harus dijawab dan bukannya kita harus atau tidak harus menggunakannya.

10 GAMBAR YANG BERKAITAN DENGAN TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN



1) POCKET SCANNER



Syarikat Amerika Dacuda beberapa hari yang lalu telah melancarkan projek Pocket Scan. Peranti diletakkan sebagai pengimbas tanpa wayar yang paling kecil di dunia dan direka bentuk untuk mewujudkan salinan digital dokumen teks dan imej. Oleh sebab Pocket Scan ini dengan mempunyai keunikan struktur, saiz permukaan yang lembut: ia mungkin mengeluarkab foto dalam album atau sehelai kertas lukisan

2) THE GoSUN



Dengan menggunakan kuasa solar untuk memasak adalah sesuatu yang sudah dilakukan sebelum ini. “The GoSun”, bagaimanapun, berjaya mengintegrasikan teknologi matahari berkuasa dalam faktor bentuk yang sangat mudah alih, dengan menjadikan ia mudah untuk membawa bersama-sama untuk perkhemahan anda.

Ia direka untuk memasak secara alam mesra. Dapur tersebut tidak mengguna apa-apa bentuk api tetapi cahaya matahari sebagai bahan api, yang membolehkan anda untuk memasak pelbagai jenis makanan, dengan syarat matahari mengintip dari langit.


3) HOVERBOARD



Ya, akhirnya seorang saintis telah berjaya membuat hoverboard sebenar yang boleh mengangkat jauh dari tanah , tambahan menyokong berat orang dewasa di atas.

“The Hendo Hoverboard” tidak bergantung pada kusyen udara untuk memastikan ia digantung pada pertengahan udara. Sebaliknya, ia bergantung kepada magnet pengangkatan (Maglev) teknologi yang sama seperti kereta api levitating yang berkelajuan tinggi. Empat enjin api Maglev duduk terus di bawah dek, bersama-sama dengan pek bateri, memberikan lif yang diperlukan untuk mengapungkan satu inci di atas mana-mana permukaan feromagnet diadakan.


4) DRUMI FOOT-POWERED WASHING MACHINE



Ideal untuk kecil, Drumi mesin basuh mudah alih ini memang tidak memerlukan elektrik tetapi memihak kepada kaki-pam.

“The Drumi” iaitu 22 inci tinggi dan cukup mudah alih untuk dimuatkan di dalam kereta. Selain itu, mesin ini boleh memegang sehingga lima liter untuk mencuci beberapa item pakaian dengan air yang secukupnya. Setelah pakaian yang telah dimasukkan ke dalam mesin ini bersama dengan air dan detergen yang cukup ,mesin ini akan diputar oleh pemijak pedal kaki. Apabila mesin ini diputar kotoran pada pakaian semua dapat dibersihkan. Setelah pakaian semua dianggap bersih, air basuhan boleh dilepaskan dan pakaian kering diputar sekali lagi untuk membuang air yang berlebihan.


5) Dyson 360 Eye Robo-Vacuum



“The 360 Eye Robo-Vacuum” menggunakan kamera 360 darjah terletak di atas mesin, unakan untuk mewujudkan pelan lantai terperinci bilik semasa sambil “triangulate” kedudukannya. Maklumat ini membolehkan ia untuk menavigasi seluruh bilik dengan cara yang paling cekap dan juga membenarkan ia untuk membersihkan secara menyeluruh dalam masa yang terdekat. Mesin ini, memberikan keupayaan untuk tidak menangkap hanya kotoran, tetapi serpihan mikroskopik, seperti debunga dan kulat serta habuk.


6) The Mini Mobile Robotic Printer.



Pencetak mudah alih telah bekerja dengan lebih mudah, membolehkan anda mencetak dokumen bila-bila masa. Pencetak mudah alih ini dibuat di Israel Zuta Labs.

Pencetak mini Mobile Robotic adalah, pada dasarnya, sebuah robot kecil bersenjata dengan printhead dan satu set roda, membolehkan ia melakukan perjalanan seluruh kawasan kertas pergi dari kiri ke kanan dan atas ke bawah.

Anda perlu untuk meletakkan ia betul-betul di sudut kiri atas kertas, sama seperti anda perlu beratur kertas dengan betul apabila menggunakan pencetak mudah alih yang lebih konvensional.Kelajuan percetakan juga adalah baik, dan dengan peranti, ia dapat menyelesaikan keseluruhan lembaran surat dalam sekitar 40 saat.


7) X9 Follow Golf Trolley



X9 Ikut Golf Trolley dapat mengikuti tuannya yang memberikan signal melalui alat kawalan jauh, dengan berpasangan Bluetooth untuk memutuskan di mana untuk pergi dan bergantung kepada arah yang perlu diikuti. Ini bermakna, jika anda jatuh jauh atau membuangnya dalam keadaan marah selepas hilang satu “putt”, robot anda berhenti mengikuti anda.


8) Blast Boxers, Underwear With Reinforced Protection



“The Blast Boxers” adalah sepasang unik seluar dalam, yang direka untuk menyimpan pemakai selesa dan menyelesakan bahagian-bahagian sensitif mereka dengan beberapa perlindungan yang tinggi. Kawasan di sekitar pangkal paha dan arteri femoral akan mendapatkan perlindungan dengan kain Aramid dan zon dua lapisan Kevlar. Selain itu, seluar ini adalah kalis-api memberikan perlindungan secara penuh dalam situasi kecemasan.

9) Solowheel






The Solowheel adalah unicycle mengimbangi diri sendiri, yang menggunakan giroskop untuk membuat anda tegak sepanjang masa. Anda menunggang dengan membuka platform kaki di mana-man belah sama ada kiri atau kana dan seterusnya memasangkan mereka dan menggunakan pergerakan “bersandar kepada arah yang perlu ditujukan”. Arah ke hadapan meningkatkan kelajuan, ke belakang memperlahankan, kiri dan kanan untuk mengawal arah tuju.

10) Solarball





“The Solarball” adalah, kalis-cuaca bola berbentuk kapal, dengan dalaman yang terdiri daripada dua kamar. Tuangkan air kotor di satu ruang, meninggalkan bola tersebut di bawah matahari dan biarkan bola tersebut menjalankan tugasnya. Air di dalam sfera akan mengewap, dengan kotoran semua tersangkut di sebelah kiri pada satu ruang dan bahagian-bahagian yang boleh diminum akan turun kepada sebelah kanan.

Walaupun bola ini direka untuk orang-orang di kawasan luar bandar, bola ini akan menjadi produk penting pada situasi atau aktiviti mengembara.


10 Video Menarik yang Berkaitan dengan Kursus saya. :)

Salam Sejahtera semua, ini adalah video yang berkaitan dengan kursus saya. Video ini memang berkaitan. Sesiapa yang masih meragu dengan kursus saya, bolehlah lihat video ini semua supaya dapat memahami dengan lebih tentang kursus saya. Bidang profesional kami (sains aktuari) akan bekerja dalam kilang Inovasi produk-produk dibawah ini. Selain bekerja untuk kilang insurans biasa seperti insurans kesihatan atau insurans am, kami akan juga bekerja dalam kilang di dalam video-video ini. Maka adalah tanggungjawab kami untuk mengetahui isu-isu semasa tentang inovasi di Malaysia. Setiap produk perlulah diinsuranskan. Oleh itu, inovasi sepert ini perlulah kami tahui sari semasa ke semasa.
Sekian terima kasih. :)













































PENGENALAN DIRI


                                     BIODATA SAYA


Nama :                 Muhammad Neshan bin Muhammad Hafiz Ramish
No matrik :          A140309
Program :            Sains Aktuari
Semester :           2 (2014/2015)
Tutorial :             Isnin (Mejar Jasmy)
Masa :                 12 Tengahari - 2 Petang
Tempat :              Makmal 3
Email :                neshan311@gmail.com
Facebook :          Neshan Nesh
No.Tel Hp :         012-6455462
No.Tel Rumah:   Tiada
Alamat Kolej :    K17A206 Kolej Rahim Kajai, Universiti Kebangsaan Malaysia

Alamat Rumah :  No.48 Jalan S2 K7 Vision Homes, Seremban 2 , 70300 Seremban, Negeri       
                             Sembilan, Darul Khusus.